Monday 13 February 2012

Resepi : Pizza Seafood

Bahan untuk roti :

-3 cwn t.roti (dpt 3 bj pizza size 8inci)
-1 cwn air suam
-1/4 cwn olive oil
-1 paket instant yeast
-1steh garam
Cara :
-masukan yeast, air dan minyak kedlm mangkuk pengadun. 
-campurkan dengan tepung dah garam. 
-putar menggunakan hook doh hingga doh menjadi cantik. 
-keluakan dari mangkuk dan sapukan sedikit minyak kedlm mangkuk dan masukkan balik doh tadi. 
-tutup dengan plastik dan biarkan doh selama 1 jam. 
kemudian bolehlah di canai diatas pinggan pizza. 
kemudian boleh lah di topping.
Bahan topping :
-tomato sauce+cili sauce
-mozarella cheese yg diparut
-seafood yg berkenan dihati..seafood ni hendaklah digoreng tanpa minyak sekejap.
-lada benggala dipotong dadu, cendawan (kalau suka), brokoli (kalau suka)
-nenas yg didadu
-cheddar cheese
Cara:
-sapukan tomato dan cili sauce keatas roti pizza td kemudian taburkan mozarella cheese dan atukan bahan2 lainnya dan akhir sekali taburkan cheddar cheese. oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 190 c selama 20 min. bila dah masak bolehlah ditaburkan dgn serbuk topping kalau ada.

selamat mencuba.. :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. JANGAN LUPA FOLLOW DAN DATANG LAGI !!! ^.^)Y

No comments:

Post a Comment