Monday 13 February 2012

Resepi : Ikan Singgang

Bahan :

-3 ekor ikan kerisi
-4/5 ulas bawang putih,
-2 biji lada hidup / 6 biji cili padi
-4 keping asam keping (saiz sederhana)
-1 inci lengkuas
-1 cm kunyit
-Garam
( sukatan bahan adalah mengikut citarasa ) 

Cara:

-Ikan dibersihkan tanpa perlu dikelar.
-Bawang boleh dihiris dua atau dimasukkan sebiji-sebiji. Begitu juga lada hidup, asam keping dan kunyit. 
-Lengkuas diketuk sedikit.
-Sediakan periuk yang sesuai dengan saiz ikan. 
-Masukkan air dan campurkan semua bahan-bahan tadi. 
-Kemudian bolehlah dimasukkan garam. 
-Tunggu sehingga ikan masak dan tutup api dan hidangkan.

selamat mencuba.. :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. JANGAN LUPA FOLLOW DAN DATANG LAGI !!! ^.^)Y

No comments:

Post a Comment