Wednesday 15 February 2012

Resepi : Ketupat Sotong Terengganu

Bahan :

-1 tin beras pulut
-12 ekor sotong basah
-1 biji kelapa-untuk dibuat santan
-1.2sm halia
-2 ulas bawang merah
-1 sudu teh halba
-sedikit gula

Cara :
-Sotong dibuang kepala dan dibersihkan
-Kelapa diperah,ambil santan pekat dan cair.
-Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair+garam sedikit sehingga masak.
-Setelah pulut dah masak,ambil pulut..masuk dalam perut sotong tadi,sematkan dgn lidi,buat sampai habis ye..
-Lepas tu aturkan sotong dalam periuk.
-Tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah,halba,halia tadi tu sehingga mendidih.
-Selepas tu masukkan santan pekat,garam serta gula secukup rasa..
-Sementara tu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tak berketul2....
-Setelah dimasak bolehlah dihidangkan..

selamat mencuba.. :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. JANGAN LUPA FOLLOW DAN DATANG LAGI !!! ^.^)Y

No comments:

Post a Comment