Saturday 18 February 2012

Apa itu RSS? (What is RSS?)




Apa itu RSS
Singkatan RSS ialah "Really Simple Syndication". RSS juga dikenali sebagai RDF "Site Summary" (RSS versi 0.9 dan 0.1. Selepas itu, setelah dikemaskini ia dikenali pula dengan pula dengan Rich Site Summary (RSS versi 0.91 dan RSS 1.0). Sekali lagi RSS dikemaskini dan dikenali sebagai Really Simple Syndication (RSS 2.0).


Fungsi utama RSS adalah dimana pelawat boleh mengetahui perkembangan sesuatu laman web dan blog tanpa perlu membuka dan melawati sesuatu laman web atau blog tersebut.  Dimana pelawat hanya perlu melanggan fungsi RSS yang disediakan pada sesuatu laman web atau blog.  Apabilablog dan lawan web dikemaskini, pelawat akan menerima satu makluman mengenainya secara automatik. Setiap makluman akan dihantar terus kepada pelawat melalui e-mail atau melalui aplikasipembaca RSS yang pelawat miliki.

Tujuan anda membuat cara ini, pemilik blog atau laman web akan dapat meningkatkan bilangan pelawat ke blog anda. Justeru itu, pemilik blog ataupun laman web anda hanya perlu mengemaskini setiap kali. Dengan cara ini, pelawat-pelawat yang pernah melanggan RSS di blog anda akan menerima makluman setiap kali anda mengemaskini blog. Dan juga dengan cara ini, anda dapat mengembalikan semula pelawat-pelawat ke blog anda untuk membaca info serta kandungan terkini yang terdapat dalam laman blog anda.

Walaubagaimanapun anda tidak perlu pening kepala untuk belajar bagaimana hendak mengaktifkanfungsi RSS diblog anda, ini kerana aplikasi blog pada masa kini telah pun telah dipasang fungsi RSS.

Sudah tiba masanya untuk anda mempromosi fungsi RSS yang terdapat di blog anda. Beritahu pelawat-pelawat anda dan minta mereka melanggani fungsi RSS yang terdapat di blog anda. Dengan cara ini, pelawat-pelawat tidak akan terlepas daripada terus mengikuti serta membaca post-post terkini yang terdapat di dalam blog anda dari semasa ke semasa. Selamat mencuba. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. JANGAN LUPA FOLLOW DAN DATANG LAGI !!! ^.^)Y

No comments:

Post a Comment